DIA CINTA HATIKU... AMMRIN
Klise bukan ayat ni tapi inilah yang terjadi dalam kehidupanku...
Dia bukanlah orang normal tapi seorang OKU. Ya, dia OKU fizikal atau lebih tepat dia menggunakan kerusi roda untuk bergerak. dia lebih tua 12 tahun dari aku. kini dia 33 tahun manakala aku 21 tahun. kami sama-sama ambil kursus pembuatan pakaian wanita and duduk bersebelahan dalam kelas. Dia tak boleh bergerak seperti orang lain. badan dia dipenuhi oleh besi. Dia mengalami accident 16 tahun yang lalu. Ramai yang bertanya kenapa aku memilih dia. banyak flaws dia mereka listkan. Dia bukanlah seorang lelaki yang handsome sangat bagi orang lain tapi bagi aku dia sudah cukup handsome.
to be honest aku dah lama pendam perasaan kat dia tapi malu nak mengaku. bukannya apa aku kan perempuan takkan aku nak confess dulu kan. dulu dia selalu cakap i love u ngan aku tapi gara-gara tak mau dicakap perasan aku buat dek ja. yalah time tu dia ada awek tapi ada krisis la so aku tak mahu juga ganggu hubungan diorang walaupun dalam hati hanya Allah jak tau betapa sakitnya pendam perasaan.
yang aku sakit hati ada sorang hamba Allah ni cium pipi dia depan aku. time tu memang tak boleh nak control terus aku sound tapi bila tersedar aku pula jadi terdiam. yalah siapalah aku kan time tu.
hampir setahun lah juga aku pendam perasaan sampailah 15hb JUN 2016. dia selalu call time cuti and dia confess yang dia dah lama sukakan aku. at first susah juga mau percaya. dia cakap dia dah lama break up with his girlfriend. dia pun dah lama sukakan aku tapi dia pendam je sebab dia fikir aku betul-betul couple ngan abang angkat aku.semua orang fikirkan benda yang sama walaupun sebenarnya aku dan abang angkat aku tu cuma berlakon. sepatotnya lakonan kami hanya untuk family abang angkat aku tu tapi tak sangka pula abang angkat aku tu bagitau semua orang yang kami 2 ni couple. sedangkan aku cuma anggap dia sebagai abang angkat sebab aku pendam perasaan kat seseorang. aku pun iya kan ja gara-gara nak tolong abang angkat and juga nak cover perasaan aku pada dia.
15.6.16...
Tarikh yang paling bermakna dalam kehidupan aku. kami rasmi menjadi kekasih walaupun dapat tentangan dari family. pada mulanya, aku try untuk lupakan dia tapi aku tak boleh. sejak dari itu, aku bernekad akan tetap pertahankan hubungan kami sehingga ke jinjang pelamin.
Hubungan kami taklah sentiasa indah. kerap juga bergaduh kadang-kadang disebabkan hal yang remeh-temeh and jealous. memang semua pergaduhan bermula dari aku tapi bukan sebab aku mau dia muak dengan sikapku tapi aku takut kehilangan dia. nampak dia renung perempuan sorang ni ja dah buat aku terasa hati and seakan mau nangis time tu juga. Pelik, tapi itulah yang aku rasakan bila aku bersama dengan dia. bukan tak pernah aku mempunyai perasaan pada orang lain sebelum ni. aku pernah simpan perasaan pada sahabat aku sendiri tapi perasaan aku sekarang ni berlainan dengan perasaan yang sebelum ni. aku begitu takut kehilangan dia.
kawan-kawanku selalu nasihatkan aku. mereka cakap bukan aku yang sepatutnya takut dia tinggalkan aku tapi dia yang takut kehilangan aku sebab dia wheelchair. Tapi entahlah. aku terlalu sayangkan dia and aku takut sangat andai dia terluka atau dia tinggalkan aku.
Time birthday dia aku berikan dia hadiah walaupun dalam hati aku takut dia tak terima hadiah tu sebab dia ada bagitahu yang dia tak sukakan kemeja lengan pendek sebab tak boleh lipat lengan baju macam pelakon tamil selalu buat. Uwekkk.. macam nak termuntah aku dengar dia cakap macam tu. tapi dia tetap terima sebab itu hadiah pertama dari aku.
one more thing, dia selalu bergurau yang dia tu Ammrin Khan sepupu pada Amir Khan sedangkan dia malaysian Amir Khan Indian. Nama dia pun tiada perkataan Khan tapi tetap perasan nak jadi sepupu Amir Khan.haha. rindunya aku pada dia sekarang ni.
Dia sekarang berada di hospital. Darah dia dijangkiti kuman dan juga dia menghidapi sakit batu karang. time dia mula-mula sakit, ada sorang ni cakap dia cuma demam hujung minggu. apanya demam hujung minggu sampai dia ditahan di hospital. Allah ja yang tahu betapa sakit, kecewa and sedihnya hati ni bila aku tak boleh berada di sisinya time dia sakit. aku terlalu sayangkan dia. kalau boleh kami bertukar tempat biarlah aku yang terlantar sakit dari aku melihat orang yang aku sayang yang terlantar sakit. aku rindukan dia lah. rindu mata dia, wajah dia, senyuman dia and segala-galanya tentang dia. dia lah kekuatan aku, senyuman aku dan juga semangat aku. tanpa dia di sisi aku, buatkan aku lemah, hilang senyuman and juga semangat aku. Dia adalah cintaku, bidadaraku and pil kegembiraanku. Dia yang bernama AMMRIN..
P/S: semoga cepat sembuh cintaku. aku akan sentiasa menunggumu.
Yang terlalu mencintai
princesszirin95


No comments:
Post a Comment